Tentang Kami
Gambaran Keseluruhan
MEDIEN SDN. BHD. (960007U) ialah syarikat dinamik dan bertenaga dengan pasukan pelbagai kemahiran dalam jualan, pemasaran, e-perniagaan, sokongan dan perkhidmatan. MEDIEN turut diberikan lesen untuk;
Good Distribution Practice for Medical Device (GDPMD) Medical Device Authority (MDA) Ministry of Finance (MOF)
bagi urusan perniagaan dengan hospital dan agensi kerajaan.
Medien kini menawarkan jualan, sewaan, pajakan, servis dan pusat pembaikan bagi rangkaian menyeluruh produk penjagaan di rumah, perkhidmatan, sokongan dan pengurusan pemantauan untuk ventilasi, tidur, oksigen, saluran udara, asma, RDD, implan ortopedik hingga penjagaan umum di rumah. Syarikat mempercayai perkhidmatan berkualiti, pendidikan dan pelaburan dalam individu yang baik. Matlamatnya ialah membawa kesihatan serta kualiti hidup lebih baik kepada pesakit penyakit kronik daripada bayi hingga dewasa. Ia mahu terus menjadi syarikat terbaik dan peneraju dalam bidang yang diceburinya.
Medien turut menawarkan perkhidmatan pembayaran balik untuk pesakit daripada agensi kerajaan dan swasta berikut;
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Zakat JPA Pencen * Semua pembayaran balik tertakluk sepenuhnya pada kelulusan agensi berkaitan.
